Assalamualaikum semua.
Lama KakJah tak update sampai dah berhabuk bersawang dah ni, dari anak sorang ni dah masuk dua orang dah anak KakJah,ihiks~
Cerita pasal anak, KakJah nak share dengan awak semua tentang pengalaman bersalin anak kedua ni.
Esok genap la Rayqal 2 bulan. Sepanjang mengandungkan Rayqal alhamdulillah KakJah tak ada sebarang masalah kesihatan. Kecuali diawal kehamilan sakit pinggang ke peha belah kanan, sakit untuk bangun. Ramai yang kata effect bius masa czer sebelum ni. Tapi dapat diatasi dengan pengambilan kalsium yang konsisten. Syukur ya Allah.
KakJah dijangka bersalin 11 atau 13 Januari (lain doktor lain pula tarikh dia bagi
😁) .
Sepanjang mengandung, lepas solat KakJah selalu doa dipermudahkan urusan bersalin KakJah dengan secara normal.
KakJah juga selalu minta doa suami, makayah, keluarga n mak mertua KakJah.
Beberapa hari sebelum menjelang tahun baru tiba-tiba KakJah sakit dipangkal peha, tapi masih lagi boleh bergerak dan buat kerja rumah masa tu.
1 Januari 2018, masa lepas mandi nak solat maghrib KakJah terus tak boleh gerak. Hampir setengah jam berdiri depan pintu bilik air, panggil encik suami dia tak dengar
😂
Bila beliau masuk bilik, cuba nak dukung KakJah pun tak boleh sebab sebarang pergerakan kaki walau sedikit terlalu sakit untuk KakJah.
Suami siap-siapkan pakai baju seluar, cuba untuk cari wheel chair bagai untuk bawa pergi hospital tapi tak berjaya.
At last adik kami yang kebetulan datang time tu tolong call ambulans. Maka naik ambulans la KakJah malam tu.
pasukan medic yang datang ke rumah
Sampai hospital macam biasa la, check ctg, bukaan jalan semua tapi memang tiada langsung tanda bersalin masa tu. Doktor datang bersilih ganti untuk check KakJah sebab special case kan.
Ingat sakit nak bersalin rupanya sakit lain. Sampai doktor orthopedic pun turut sama ambil kes KakJah. Warded la KakJah malam tu walau doktor kata tiada contraction, darah / air pun tak de keluar.
Sepanjang malam KakJah baca doa nabi Yunus, zikir ya fattah, ya awwal.
2 Januari 5 pagi tiba-tiba terasa ada air keluar n panas je. KakJah panggil nurse, doktor check rupanya air ketuban dah pecah. Jalan baru 2cm masa tu.
Jam 7 pagi pakar O&G (i think) round and know what? Bila dia check KakJah dia decided KakJah perlu czer. again?
😭
😭
😭
Sebabnya kaki KakJah langsung tak boleh gerak, tak boleh angkat, macam mana nak bersalin normal. Doktor minta suami datang cepat.
Pagi tu doktor dah tak bagi KakJah makan minum dah. hmmm~
Masa ni dah start contraction. Dengan berita yang KakJah perlu bersalin secara czer memang KakJah sangat2 down masa tu.
Bila suami datang, KakJah minta tolong dia picit peha sebab tak tahan sakit sangat. Doktor yang nak jumpa tadi pun ntah mana. Lagi la buat KakJah rasa nak marah sebab lama menunggu.
Jam 9 pagi ada doktor muda si cantik manis check jalan lagi. "Ehh puan, dah 6cm ni. progress puan cepat. Puan nak cuba bersalin normal tak?"
Syukur ya Allah, Dia hantar penyelamat KakJah masa ni sedangkan KakJah dah decided untuk czer! Bila KakJah kata ya, terus siap2 dan ditolak ke labour room.
Sampai LR, check jalan lagi dah 8cm. Tak lama 9cm dah dan nurse kata kalau rasa nak teran, teran je.
Bayangkan KakJah yang tak boleh bergerak langsung, masa ni boleh pula angkat kaki untuk bersalin.
Zikir dan doa memang KakJah tak tinggal.
Jam 10.28am selamat la Muhammad Rayqal dilahirkan.
Sebab ni la nama dia Rayqal (kekuatanku) sebab KakJah rasa sangat miracle daripada sakit yang tak boleh bergerak langsung, tapi KakJah berjaya melahirkan seorang zuriat. Allah sebak rasa.
Allah bantu KakJah. Mungkin kerana berkat doa sepanjang mengandung, doa orang sekeliling dan zikir yang KakJah amalkan sepanjang malam tu.
Syukur. Pengalaman bersalin yang memang KakJah tak boleh lupa. Maha suci Allah. Allahuakbar.
Sekian je perkongsian KakJah untuk kes bersalin. Lepas bersalin lain pula ceritanya. hihi
Ni zikir-zikir yang KakJah amalkan untuk bersalin tu, selain doa Nabi Yunus.
Ada yang baca habis ke? Terima kasih untuk awak. Nah hadiah utk awak
💖
💐
Bergenang air mata, sebak masih terasa


No comments:
Post a Comment