Wednesday, December 24, 2014

16 MAKANAN BANTU TURUNKAN KOLESTROL


TAHUKAH ANDA?

Pembunuh no. 1 di Malaysia adalah penyakit jantung. Malah masa kini bukan sahaja golongan berusia, golongan muda juga turut terjebak menghidap penyakit berkenaan. Hal ini disebabkan oleh kurangnya individu memberi penekanan terhadap amalan pemakanan seharian yang mengandungi kolestrol yang tinggi.

Oleh yang demikian, mulai hari ini dan saat ini anda perlu mengubah pola pemakanan dan gaya hidup demi membantu menurunkan kolestrol seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Apa makanan yang membantu anda menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh?
Jom teruskan bacaan anda!

1. KACANG SOYA


Makanan jenis kacang soya mengandungi 48% protein, lecithin, vitamin dan zat galian. Oleh sebab itulah, ia mampu menghindarkan diri anda daripada penyakit jantung dan kencing manis juga.
Kandungan kalsium dan mineral di dalamnya juga membantu anda memecahkan lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

pssttt...Shaklee pun ade produk2 berasaskan soya tau!! Yang paling hot mestilah ESP ;)

2. KUACI

Kuaci sememangnya kaya dengan kandungan zat besi. Oleh itu, amalkan memakan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi dalam tubuh dan pada masa yang sama dapat juga mengurangkan kolestrol.

3. BUAH-BUAHAN KERING

Kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid. Jadi, ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain daripada kurma, flavanoid juga boleh didapati dalam sumber makanan seperti teh, brokoli, tomato, bawang dan buah delima.


4. EPAL

Dengan memakan hanya sebiji epal atau jusnya setiap hari, anda berupaya untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. Malah terdapat kajian membuktikan bahawa dengan memakan sebiji epal atau jusnya selepas mengambil makanan segera, ia dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam tubuh.

5. IKAN TUNA

Selain salmon dan sardin, tuna merupakan salah satu sumber asid lemak omega-3. Umum mengetahui bahawa kandungan asid lemak Omega-3 berupaya melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL dalam tubuh.

Haaa...yang ni pun Shaklee ada! Omega Guard...antara hot produk kami yg juga berfungsi mengawal kolestrol!

6. KACANG TANAH

Kacang tanah yang dipanggang terutamanya menandungi vitamin E. Tahukah anda vitamin E juga membantu diri menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan pada masa yang sama mampu mengelakkan diri anda daripada serangan jantung.

Shaklee ada vitamin E ta? hehehe...mesti la ada! Vita E Complex Shaklee pun dapat mengawal kolestrol tau! Tengah promosi pula tu..dua singgit! hik3...ta3! Beli 2 diskaun 5%, beli 6 percuma 1...tapi Disember 2014 je ea~

7. MANGGA

Buah ini kaya dengan vitamin C sekali gus berupaya mencegah LDL dalam tubuh. Selain daripada mangga, antara buah lain yang turut sama boleh diamalkan untuk menurunkan paras kolestrol ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi.

Tu dia...I rasa u ols pun tau Shaklee ada Vitamin C kan... SR Vita C Plus Shaklee terbaik! Pun tengah promosi sekarang ni tau..

8. KISMIS

Sebatian yang terkandung di dalam kismis mampu menurunkan kolestrol. Jadi, dengan mengamalkan diet 400 kalori kismis setiap hari, anda akan membantu tubuh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. JAMBU BATU

Adalah disyorkan untuk anda makan buah jambu batu dalam jumlah 400gram atau sebiji sehari selama 4 minggu . Percayalah ia mampu menurunkan paras kolestrol sebanyak 18,8%. Selain daripada itu, ia baik untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.


10. TOMATO

Tomato adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang ternyata dapat membantu diri anda menurunkan kadar kolestrol jahat dalam tubuh. Minumlah dua gelas jus tomato sehari supaya dapat hasil yang baik dalam menurunkan kadar kolestrol. 

11. BUAH DELIMA
Buah delima sangat baij untuk membantu tubuh anda menurunkan kadar kolestrol. Manfaat yang ada pada buah delima ialah ia mampu mengurangkan pertumbuhan plak kolestrol dan pada masa yang sama meningkatkan produksi oksida nitrat. Kesannya, ia dapat membantu anda mengurangkan plak pada arteri.

12. APRIKOT

Buah aprikot juga salah satu buah-buahan yang dapat meningkatkan kadar kolestrol baik iaitu HDL dalam tubuh.

13. BAWANG PUTIH

Bahan yang banyak digunakan sebagai perencah makanan ini sangat baik untuk menurunkan kadar kolestrol jahat dalam tubuh. Jadi, usahakanlah untuk menhambil lebih banyak bawang putih dalam sehari...

Ta lalu na telan bawang putih? Shaklee kan ada Garlic Complex...lagi senang, telan je...hihi

14. BAYAM
Bayam yang merupakan sayuran hijau kegemaran ramai ini mengandungi banyak zat lutein yang amat penting bagi kesihatan organ jantung dan mampu melindungi jantung daripada penempelan lemak pada pembuluh darah. Oleh sebab itulah anda sangat digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya setengah mangkuk bayam yang telah dimasak setiap hari. 

15. TEH

Teh diperkaya dengan kandungan antioksidan yang dapat memberikan rasa tenang terutamanya pada pembuluh darah. Jadi, ia dapat menghindarkan masalah pembekuan darah. Selain kaya dengan serat, teh mengandungi antioksidan seperti flavonoid yang dapat mencegah oksidasi yang boleh menyebabkan penimbunan kolestrol jahat (LDL) pada pembuluh darah. 
Dengan minum segelas teh hangat, ia dapat memenuhi tubuh dengan antioksidan. 

Shaklee ada produk teh ke? Ada ke ta ek?
Ehhhh ada la! Cinch Energy Tea Mix. Tapi malangnya ta de stock lama da...maklumlah jadi kesukaan ramai...bahan pula memang yg berkualiti tinggi...bila ta cukup bahan memang ta dapat la produce product...hihihi

16. COKLAT

Coklat ternyata baik untuk kesihatan tubuhdan juga jantung. Namun, pilihlah coklat hitam yang memiliki rasa pahit. Coklat mengandungi antioksidan dan flavonoid yang memang bagus untuk mengurangkan kolestrol jahat..

Haa...Shaklee memang ta de jual coklat. Tapi ada minuman perisa coklat tau...tu la dia Cinch Shake Mix Chocolate!

Nampak ta betapa banyaknye produk Shaklee yang bantu anda untuk menurunkan kadar kolestrol? 
Ada lagi yang lain...ini baru sebahagian je tau! 
Kalau u ols rasa na senang n jimat amik suplemen Shaklee untuk bantu masalah kolestrol tinggi pun sangat ok tau!

Antara suplemen Shaklee yg membantu masalah kolestrol tinggi:
✔vivix
✔phytocol-st
✔omega guard
✔garlic complex
✔vita E complex
✔lecithin
✔alfafa complex
✔SR vita C plus
✔GLA Complex
✔CoQ Health


⭐INFO!
Kolestrol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia digabungkan dengan protein iaitu lipoprotein. Kolestrol yang dirembes oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan HDL atau LDL. Kolestrol LDL dikenali sebagai kolestrol jahat manakala kolestrol HDL adalah kolestrol baik.

Ingin dapatkan suplemen2 untuk menurunkan kadar kolestrol anda?

BERMINAT / INFO
Fieza Shukor
sms/whatsapp 019-7293577
FB Naura HealthyBeauty Shop

COD Batu Caves, Gombak, SelAyAng, Setapak & kAwasan berdekAtAn
KhidmAd pos Seluruh Malaysia

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, December 20, 2014

COLLAGEN MENGGANAS LAGI!


Semakin lama semakin banyak lambakan produk kolagen daripada pelbagai jenis dan jenama...

DISEMBER 2014 SHAKLEE COLLAGEN POWDER BELI 3 PERCUMA 1. WOOWWWWW!!!

Masalahnya apa itu kolagen? Perlu ke kolagen untuk tubuh manusia?

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia..Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap collagen yang sihat meyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.


Tahukah anda setiap tahun kolagen dalam tubuh akan berkurang?

Apakah kesan kekurangan kolagen dalam tubuh?


Banyakkan kesan apabila kita kekurangan kolagen? Na biarkan je ke? 
Kalau ambil kolagen apa pula yang jadi?

Kesan-kesan dan Faedah-faedah Mengambil Kolagen
    • Anti Penuaan ~ Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
    • Menghidratkan ~ MELEMBABKAN kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka.
    • Mengembalikan Keanjalan Kulit ~ Meningkatkan KETEGANGAN KULIT, KEANJALAN dan KELEMBUTAN.
    • Melicinkan ~ Meningkatkan KELEMBUTAN dan KELICINAN kulit.
    • Menyubur ~ Menggalakkan kuku yang kuat, RAMBUT yang TEBAL dan BERSINAR.
    • Mencerah ~ Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
    • Menegang ~ Membantu MENEGANG dan MENGANJALKAN PAYUDARA.

Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh
    • Meningkatkan Kelembapan Kulit ~ 90%
    • Mengurangkan Kekasaran dan Kekeringan ~ 75%
    • Meningkat dalam Penampilan Keseluruhan ~ 71%
    • Meningkatkan Kelembutan dan Kelicinan ~ 69%
    • Meningkatkan Pemakaian Kekal Mekap ~ 60%
    • Meningkatkan Keanjalan, Ketegangan dan Elastisiti ~ 55%
    • Meningkatkan Ketebalan Rambut ~ 54%
    • Meningkatkan Keserian, Tona dan Warna Kulit ~ 50%
    • Mengurangkan Garis-garis Halus dan Kedut-Kedutan ~ 18%

Bestnyaaa!! Kenapa Shaklee Collagen Powder menjadi pilihan? 
Tentulah keberkesanannya, sumber kolagen itu sendiri, dan banyak lagi...yang penting TERBUKTI BERKESAN tuuuuu~


Ta percaya? 



haaa...lawa kan? 
ta percaya juga? cubalah sendiri!
tapi lepas tu jangan menyesal pula sebab takut2 transform jadi orang lain sebab lawa sangat! hik3~

Dahhh...dahh...jangan fikir lagi!
Mai borong cepat...
Beli 3 percuma 1 tuuu...dapat percuma keahlian dan cash bonus lagi next month!
Bila kira-kira jimat lebih RM400 tau!! 
fuhhhh!! memang berbaloi...rugi ta rebut peluang ni...


BERMINAT / INFO
Fieza Shukor
sms/whatsapp 019-7293577
FB Naura HealthyBeauty Shop

COD Batu Caves, Gombak, SelAyAng, Setapak & kAwasan berdekAtAn
KhidmAd pos Seluruh Malaysia

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.







Friday, December 19, 2014

SUMBER MAKANAN PENAMBAH SUSU


Assalamualaikum...
Hai semua...
Hari ni I na share sumber-sumber makanan yang boleh menambah susu ibu...

Memang biasa ibu yang menyusukan anak akan pentingkan penghasilan susu..
Ada yang sampai stress bila susu kian merudum...kan?

Ta pe.. Jangan risau...
Mohon pada Allah untuk murahkan rezeki anak kita...
Kita usaha juga bagi susu nelimpah ruah k...hik3

Sebenarnya disamping mengaplikasikan teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, u alls juga mampu menambah susu dengan mengambil makanan tertentu.

Jom kita risik-risik...makanan apa yang terkenal sebagai agen penggalak susu...

Kacang soya

Berbanding susu segar atau pun minuman lain, susu kacang soya adalah minuman terbaik yang membantu anda menambah susu ibu. Paling bagus jika minuman tersebut dihasilkan tanpa bahan pengawet.


Lobak

Apa sahaja jenis lobak memang diyakini dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Namun, lobak putih dikatakan lebih baik.


Halba

Rempah yang biasa diguna dalam masakan ini juga banyak khasiatnya. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau direndam dalam air panas selama 15 minit sebelum diminum airnya.


Bawang putih

Bawang putih kaya dengan sulfur dan bagus untuk sendi selain ia juga dapat membantu penghasilan susu.


Kurma merah / Buah kurma

Air rebusan kurma merah yang dimasak bersama betik muda bagus untuk merangsang penghasilan susu. Ia juga boleh direbus bersama ayam atau ikan. 
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat dalam kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Dengan memakan kurma, anda dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu ibu. 


Longan kering

Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.


Kismis

Seperti juga kurma, kismis juga bertindak sebagai makanan penggalak susu. Ia baik untuk diamalkan oleh ibu-ibu menyusu


Sawi

Bukan sahaja kaya dengan vitamin, sawi juga dipercayai boleh memperbanyakkan susu ibu. 


Makanan Lain Penggalak Susu:
✔Daun kucai
✔Habatus sauda
✔Barli
✔Oat
✔Betik muda
✔Jintan
✔Daun kaduk
✔Jantung pisang
✔Pegaga
✔Ketam
✔Jambu
✔Tauhu dan tempe
✔Alfafa
✔Madu

⭐INFO!!!
Makanan penggalak susu mungkin tidak berkesan terhadap semua ibu. Ia bergantung kepada kesesuaian badan individu terhadap makanan yang diambil. 

Anda inginkan minuman soya semulajadi tanpa pengawet? Inginkan alfafa dalam bentuk tablet yang juga semulajadi? Ingin sumber kalsium dan zat besi untuk penggalak susu? 

Semuanya ada di Shaklee...!

Na cuba set penyusuan Shaklee? 

BERMINAT / INFO
Fieza Shukor
sms/whatsapp 019-7293577
FB Naura HealthyBeauty Shop

COD Batu Caves, Gombak, SelAyAng, Setapak & kAwasan berdekAtAn
KhidmAd pos Seluruh Malaysia

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Sumber Rujukan: Majalah Pa&Ma Ogos2014

Monday, December 8, 2014

HADIAH PENGHUJUNG TAHUN DARIPADA SHAKLEE


Tu dia aihhh...
Da seminggu masuk bulan Disember baru la ni na wish hello...
Maklum la ke'busy'an melayan bujang sorang tu...
Pantang mama pegang hp, buka lappy...mula la dia test vocal...hik3

U ols...na tahu ta rahsia yg bukan lagi rahsia??
Haa...bulan ni Shaklee bagi hadiah lagi kat u ols tau...hadiah baek punya!! 


Hadiah apa? 
Serius na tau hadiah apa?
Jeng...jeng...jeng...
Tadaaaaa.... 
 

Ohhh...promo vita C & vita E...
Jadi apa yg bestnya?
Haaa...u ols jangan ta tau!
Pengambilan kedua-dua vitamin ni secara kobsisten boleh buat kulit kita lebih cantik...cerah, bersih, glowing and so so on lah!
Ta percaya??
Tengok ni...


Tu je? Lagi? Nahhh...



Dahh...tu je? Na lagi? Cuba la sendiri...

Selain dari cantik apa lg yg best tentang 2 vitamin ni?

Banyakkkkk...ta larat i na taip panjang2 sambil dukung anak ni...hihihi
Antaranya meningkatkan sistem imun, mengawal kolestrol, baik untuk hubungan suami isteri, kesuburan, membantu cegah kanser dan banyak lagi!!

Harga??

Harga pasaran Vita E Complex RM149
Harga pasaran SR VitaC Plus RM92.50

Na jimat? Na harga istimewa?
Cepat sms/whatsapp I sekarang juga!
Limited time offer okay...lambat ta dapat 😜

BERMINAT /INFO
Fieza Shukor
sms/whatsapp 019-7293577
FB Naura HealthyBeauty Shop

COD Batu Caves, Gombak, SelAyAng, Setapak & kAwasan berdekAtAn
KhidmAd pos Seluruh Malaysia

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Friday, November 28, 2014

KEPENTINGAN NUTRISI SEMASA HAMIL



Ibu hamil sering diingatkan untuk mengambil diet seharian yang lengkap dengan zat, vitamin dan mineral penting untuk menyokong kesihatan ibu dan tumbesaran bayi sepanjang kehamilan. Tetapi apakah kesannya kepada ibu dan bayi jika ibu kekurangan nutrisi-nutrisi penting tersebut? 

Kajian menunjukkan kekurangan nutrisi semasa hamil boleh meningkatkan risiko untuk bayi lahir kurang matang atau kurang berat, bayi lahir cacat, masalah pernafasan semasa lahir atau masalah perkembangan dan tumbesaran. 

Bagi ibu pula, kekurangan nutrisi meningkatkan risiko untuk alahan (‘morning sickness’), sembelit, lemah badan, pedih ulu hati, kekejangan otot, anemia, ‘pre-eclampsia’, susah bersalin dan berisiko besar untuk bersalin melalui ‘Cesarean’.


So, nutrisi apa yang perlu ada dan penting untuk ibu hamil dan anak dalam kandungan?



1. Protein (ESP)


Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak kerana ianya penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. 
Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ketiga

Kekurangan protein boleh menyebabkan perkara berikut:

i) kekurangan air ketuban dan darah serta merencatkan perkembangan rahim

ii) plasenta (uri) dan perkembangan sel-sel badan bayi kerana protein adalah komponen utama dalam pembentukan sel. 

iii) Kekurangan protein juga dikaitkan dengan peningkatan risiko ‘pre-eclampsia’. ‘Pre-eclampsia’ adalah masalah kesihatan di mana ibu hamil mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing. Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada pre-eclampsia tetapi penyelesaiannya hanyalah satu iaitu bersalin sama ada secara ‘induce’ atau ‘Cesarean’. Jika tidak, ibu dan bayi berdepan dengan risiko kematian. 

2. Zat besi (Multivitamin - Vitalea)


Zat besi penting dalam hemoglobin, kekurangan zat besi akan menyebabkan ibu mengalami anemia. Ianya tidak baik kerana sel darah merah membawa oksigen kepada bayi. 
Vitalea mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.

Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah (anemia) dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

Anemia akan menyebabkan:

i) Ibu - Keguguran, tumpah darah semasa dan selepas bersalin, kematian

ii) Bayi - Tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut, bayi lahir kurang berat badan, lahir tidak cukup bulan dan bayi mati dalam kandungan

3. Vitamin B (B Complex beserta Folic Asid)


 

B Complex lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

Kekurangan Vitamin B6 berkait rapat dengan masalah mual, muntah-muntah serta hilang selera makan yang biasa dialami oleh ibu mengandung.

Manakala kekurangan asid folik ketika hamil meningkatkan risiko kecacatan bayi.

4. Vitamin C (SR Vita C Plus)




Vitamin C diperlukan oleh ibu hamil bagi meningkatkan sistem imun. Ia juga membantu menyerap zat besi dan asid folik dengan lebih berkesan. Selain daripada itu vitamin C dapat menghasilkan kolagen untuk pertumbuhan otot dan tulang. 

Vitamin C juga penting untuk pembaikan tisu, penyembuhan luka, pertumbuhan tulang dan pembaikan, dan kulit yang sihat. Vitamin C juga membantu melawan jangkitan badan kite dan ia bertindak sebagai antioksidan, melindungi sel-sel daripada kerosakan. Ibu & bayi amat memerlukan vitamin ini setiap hari kerana ia adalah untuk pembentukan kolagen, struktur protein yang merupakan komponen tulang rawan, tendon, tulang & kulit. Berdasarkan kajian, bagi sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C dalam bayi yang baru lahir boleh menjejaskan pembangunan mental.

Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Ianya adalah sustained realese dan akan dilepaskan setiap jam selama 5 jam secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.


5. Omega-3 (Omega Guard)

Omega Guard Shaklee mengandungi DHA & EPA yang tinggi untuk membantu perkembangan otak dan memori bayi. Ia juga penting bagi sistem saraf dan penglihatan awal bayi. 

Bagi ibu pula Omega Guard dapat membantu mengawal kolestrol dan berat badan ibu semasa hamil. Sistem imun ibu juga akan berada dalam keadaan yang lebih baik.

Kekurangan asid omega-3 boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi pada ibu dan masalah bayi lahir kurang matang atau lahir kurang berat serta masalah penglihatan dan saraf.

6. Kalsium (Ostematrix)





Kalsium adalah salah satu mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix adalah kalsium-magnesium yang membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah si ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil. Ia juga membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi.


Kesan kekurangan vitamin D, kalsium dan magnesium juga boleh mengakibatkan ibu mengalami tekanan darah tinggi. Bagi bayi pula kekurangan vitamin D boleh merencatkan tumbesaran bayi, perkembangan fizikal bayi serta melemahkan sistem imun bayi. Perkembangan tulang dan gigi bayi yang tidak sempurna dan lemah juga adalah kesan kekurangan kalsium dan magnesium.

Manakala kekurangan zink boleh mengakibatkan bayi lahir kurang matang atau tidak cukup berat dan sering juga dikaitkan dengan keguguran. 

Jadi, pengambilan nutrisi lengkap semasa hamil tidak boleh dipandang ringan. Jika diet seharian tidak mampu membekalkan anda dan bayi dengan nutrisi selengkapnya, anda disarankan mengambil supplement / vitamin tambahan agar ruang-ruang kosong itu dapat diisi dengan sempurna. Ambillah supplement yang bahannya 100% semulajadi dan tidak menggunakan bahan pengawet agar anda dan bayi mendapat nutrisi yang terbaik.

Berminat untuk melengkapkan nutrisi anda dengan supplement semulajadi? 



BERMINAT / INFO
Fieza Shukor
sms/whatsapp: 019-7293577
FB: Naura HealthyBeauty Shop


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.