Friday, November 28, 2014

KEPENTINGAN NUTRISI SEMASA HAMIL



Ibu hamil sering diingatkan untuk mengambil diet seharian yang lengkap dengan zat, vitamin dan mineral penting untuk menyokong kesihatan ibu dan tumbesaran bayi sepanjang kehamilan. Tetapi apakah kesannya kepada ibu dan bayi jika ibu kekurangan nutrisi-nutrisi penting tersebut? 

Kajian menunjukkan kekurangan nutrisi semasa hamil boleh meningkatkan risiko untuk bayi lahir kurang matang atau kurang berat, bayi lahir cacat, masalah pernafasan semasa lahir atau masalah perkembangan dan tumbesaran. 

Bagi ibu pula, kekurangan nutrisi meningkatkan risiko untuk alahan (‘morning sickness’), sembelit, lemah badan, pedih ulu hati, kekejangan otot, anemia, ‘pre-eclampsia’, susah bersalin dan berisiko besar untuk bersalin melalui ‘Cesarean’.


So, nutrisi apa yang perlu ada dan penting untuk ibu hamil dan anak dalam kandungan?



1. Protein (ESP)


Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak kerana ianya penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. 
Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ketiga

Kekurangan protein boleh menyebabkan perkara berikut:

i) kekurangan air ketuban dan darah serta merencatkan perkembangan rahim

ii) plasenta (uri) dan perkembangan sel-sel badan bayi kerana protein adalah komponen utama dalam pembentukan sel. 

iii) Kekurangan protein juga dikaitkan dengan peningkatan risiko ‘pre-eclampsia’. ‘Pre-eclampsia’ adalah masalah kesihatan di mana ibu hamil mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing. Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada pre-eclampsia tetapi penyelesaiannya hanyalah satu iaitu bersalin sama ada secara ‘induce’ atau ‘Cesarean’. Jika tidak, ibu dan bayi berdepan dengan risiko kematian. 

2. Zat besi (Multivitamin - Vitalea)


Zat besi penting dalam hemoglobin, kekurangan zat besi akan menyebabkan ibu mengalami anemia. Ianya tidak baik kerana sel darah merah membawa oksigen kepada bayi. 
Vitalea mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.

Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah (anemia) dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

Anemia akan menyebabkan:

i) Ibu - Keguguran, tumpah darah semasa dan selepas bersalin, kematian

ii) Bayi - Tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut, bayi lahir kurang berat badan, lahir tidak cukup bulan dan bayi mati dalam kandungan

3. Vitamin B (B Complex beserta Folic Asid)


 

B Complex lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

Kekurangan Vitamin B6 berkait rapat dengan masalah mual, muntah-muntah serta hilang selera makan yang biasa dialami oleh ibu mengandung.

Manakala kekurangan asid folik ketika hamil meningkatkan risiko kecacatan bayi.

4. Vitamin C (SR Vita C Plus)




Vitamin C diperlukan oleh ibu hamil bagi meningkatkan sistem imun. Ia juga membantu menyerap zat besi dan asid folik dengan lebih berkesan. Selain daripada itu vitamin C dapat menghasilkan kolagen untuk pertumbuhan otot dan tulang. 

Vitamin C juga penting untuk pembaikan tisu, penyembuhan luka, pertumbuhan tulang dan pembaikan, dan kulit yang sihat. Vitamin C juga membantu melawan jangkitan badan kite dan ia bertindak sebagai antioksidan, melindungi sel-sel daripada kerosakan. Ibu & bayi amat memerlukan vitamin ini setiap hari kerana ia adalah untuk pembentukan kolagen, struktur protein yang merupakan komponen tulang rawan, tendon, tulang & kulit. Berdasarkan kajian, bagi sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C dalam bayi yang baru lahir boleh menjejaskan pembangunan mental.

Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Ianya adalah sustained realese dan akan dilepaskan setiap jam selama 5 jam secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.


5. Omega-3 (Omega Guard)

Omega Guard Shaklee mengandungi DHA & EPA yang tinggi untuk membantu perkembangan otak dan memori bayi. Ia juga penting bagi sistem saraf dan penglihatan awal bayi. 

Bagi ibu pula Omega Guard dapat membantu mengawal kolestrol dan berat badan ibu semasa hamil. Sistem imun ibu juga akan berada dalam keadaan yang lebih baik.

Kekurangan asid omega-3 boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi pada ibu dan masalah bayi lahir kurang matang atau lahir kurang berat serta masalah penglihatan dan saraf.

6. Kalsium (Ostematrix)





Kalsium adalah salah satu mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix adalah kalsium-magnesium yang membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah si ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil. Ia juga membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi.


Kesan kekurangan vitamin D, kalsium dan magnesium juga boleh mengakibatkan ibu mengalami tekanan darah tinggi. Bagi bayi pula kekurangan vitamin D boleh merencatkan tumbesaran bayi, perkembangan fizikal bayi serta melemahkan sistem imun bayi. Perkembangan tulang dan gigi bayi yang tidak sempurna dan lemah juga adalah kesan kekurangan kalsium dan magnesium.

Manakala kekurangan zink boleh mengakibatkan bayi lahir kurang matang atau tidak cukup berat dan sering juga dikaitkan dengan keguguran. 

Jadi, pengambilan nutrisi lengkap semasa hamil tidak boleh dipandang ringan. Jika diet seharian tidak mampu membekalkan anda dan bayi dengan nutrisi selengkapnya, anda disarankan mengambil supplement / vitamin tambahan agar ruang-ruang kosong itu dapat diisi dengan sempurna. Ambillah supplement yang bahannya 100% semulajadi dan tidak menggunakan bahan pengawet agar anda dan bayi mendapat nutrisi yang terbaik.

Berminat untuk melengkapkan nutrisi anda dengan supplement semulajadi? 



BERMINAT / INFO
Fieza Shukor
sms/whatsapp: 019-7293577
FB: Naura HealthyBeauty Shop


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, November 24, 2014

SAKIT SENDI BUKAN PENYAKIT ORANG TUA?





Pernah tak rasa sakit tiba-tiba di bahagian pinggang, lutut, bahu atau tempat-tempat lain bila bergerak berlebihan? Bila terasa sakit macam tu mesti kita fikir, "Macam orang tua aku ni sakit pinggang pulak.." Silap. Anda memang silap sebenarnya bila berfikir begitu. Sakit sendi BUKAN penyakit orang tua. Sesiapa pun berisiko tanpa mengenal usia. Sekilas fakta Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan penyakit berkaitan sendi :

  • 1 dari 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko mendapat Osteoporosis
  • 50% dari kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun adalah disebabkan Osteoporosis
  • 1 dari 1,000 kanak-kanak di Malaysia berisiko mendapat Radang Sendi ( Rheumatoid Arthritis, RA )
  • Risiko penyakit RA menyerang wanita 3 kali ganda dari lelaki
  • 52% pesakit RA di Malaysia tidak dapat kembali bekerja kerana kecacatan disebabkan tidak dapat rawatan awal
  • 42% pesakit RA adalah berumur di bawah 50 tahun


Punca SAKIT SENDI?

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan:


  • Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakitan sendi
  • Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  • Faktor  usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  • Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan (nampak tak berat bandan berlebihan memang ta elok! tu kita share dalam entri lain ye)


Penyakit berkaitan sendi?

Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi. Antara penyakit yang berkaitan sendi ialah:

  • Penyakit auto imun seperti  Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus(SLE)
  • Gout
  • Arthrithis
  • Osteoporosis
  • Tendinitis
  • Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella


Tanda-tanda sendi tidak sihat

  • Mudah kejang dan tegang pada sendi
  • Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
  • Bengkak pada sendi
  • Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak
  • Bunyi berkeriuk pada sendi






Tips penjagaan kesihatan sendi

  • Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
  • Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
  • Makan makanan yang baik untuk sendi seperti:
       ✔Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
       ✔Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
       ✔Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
       ✔Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
       ✔Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi


Mana na dapakan semua makanan yang baik untuk sendi tu? 
Macam susah je...!
Ehhh...mana ada susah...Shaklee kan ada! hehehehe...

Na tau supplemen SHAKLEE untuk kesihatan/ sakit sendi?


 




1. Joint Health Tablet

  • Membantu mengekalkan tulang rawan sihat
  • Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu :

        - Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
        - Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
        - Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat


  • Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
  • Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamina


 2. Omega Guard

  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengandungi Omega 3 yang membantu :

       - melambatkan degradasi tulang rawan          
       - mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
       - bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar

  • Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans3.

3. Ostematrix

  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengekalkan sel tulang yang sihat
  • Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
  • Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
  • Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan


Haaa...pernah ta dengar mak ta boleh berdiri lama bila buat kerja rumah? atau ayah mengadu sakit bila bangun duduk time solat?
Masa ni la kite na gumbirakan hati orang tua kita...boleh la cuba set sendi ni...mana tau kot sesuai, terus sihat makayah tu...inshaaAllah~

Berminat na cuba? Na dapatkan vitamin Shaklee daripada saya? Boleh...sangat dialu-alukan!

BERMINAT / INFO
Fieza Shukor
sms/whatsapp/telegram: 019-7293577
FB: Naura HealthyBeauty Shop



*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, November 23, 2014

OMEGA GUARD SHAKLEE MINYAK IKAN TERBAIK




Assalamualaikum semua.....apa khabar?
Mudah-mudahan sihat dan hebat-hebat belaka..

So dalam entri ni saya na bercerita sedikit sebanyak pasal Omega...maklum lah omega promo bulan ni..tinggal seminggu je lagi..best sangat..antara hot produk juga ni..!

Apa itu Omega?
Ia adalah gabungan rantaian asid politak-tepu, merupakan asid lemak penting yang mana badan kita tak boleh hasilkan dengan sendirinya, sebab badan kita tak ada enzim yang sepatutnya untuk sintesis asid lemak tu.
Alamak ada lemak juga lah omega kita ni??? Acaner ni...
Bukan semua lemak tak sihat tau! Ada lemak yang penting untuk kita ambil juga....

Sebab apa, ia penting untuk melindungi organ-organ lembut dari terkena renjatan atau kejutan. Dan dikatakan ada 'brain-boosting' power terutama pada bayi dan kanak-kanak. Bukan tu je, ia jugak Insyaallah boleh mencegah kanser (breast cancer ke, colon cancer etc)

Omega 3 jugak boleh mengurangkan sakit sendi. Sebab dia kurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi. Jugak mengurangkan risiko serangan jantung, hebat betul ciptaan Allah ni!

Omega 3 juga bantu badan kita tingkatkan kadar serapan vitamin A,D,E dan K. Jadi kalau tggi kadar serapan, baru la best badan dapat manfaat vitamin2 tu kan? Dah tu meningkatkan kadar metabolisme badan pulak tu, memang patut la boleh kuruskan badan!
Omega 3 ni banyak ditemui dalam ikan tau. Yang tu kita panggil DHA & EPA.




Kandungan Omega Guard Shaklee 
 1. Omega-3 EFA (330mg)
 2. EPA (180mg)
 3. DHA (120mg)

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.
Omega 3 ni paling banyak ditemui dalam jisim ikan-ikan dekat lautan yang betul-betul dalam, dan lautan yang sejuk. Kenapa?
Takat beku ikan adalah rendah. Means cepat membeku pada suhu sejuk. Macam mana ikan nak hidup dan berenang dalam laut sejuk, mati la kebekuan kan? Maka Allah anugerahkan omega 3 ni yang mana, ia sangat membantu memanaskan ikan di lautan yang paling sejuk. Memang Allah Maha Bijaksana. Lapisan lemak ni lah yang memanaskan ikan-ikan dan membolehkan mereka mampu hidup walaupun dalam laut sejuk..
So, Omega ni boleh panaskan badan dan lancarkan urat saraf juga..

Ikan-ikan yang biasanya hidup di lautan sejuk adalah macam ikan sardin, tuna, mackerel, salmon. Termasuk lah ikan kod.

Minyak ikan shaklee bebas toksid, nak tau kenapa?


1) Shaklee tak amik ikan yang tinggi merkuri.

2) Omega Guard Shaklee di hasilkan melalui kaedah ultratulen ber gred farmaseutikal. Bermaksud proses penyulingan proprietari 3 molekul yg dapat memekatkan asid lemak omega 3 paling tulen.
So boleh lah singkirkan bahan bahaya dalam ikan macam merkuri and plumbum. Company lain tak guna kan proses ni sebab mahal...

3) Omega Guard Shaklee tidak di ekstrak dari minyak hati ikan sebab kandungan toksik dalam hati adalah sgt tggi!

Shaklee habis berjuta2 usd utk buat kajian klinikal produk...
Termasuk proses penyulingan ni..
Kandungan anti-radang di dalam Omega Shaklee membantu meredakan batuk juga selsema. Dada akan merasa hangat, jadi kahak dan mukus dapat dicairkan. Begitu juga dengan penghidap asthma atau lelah, antara makanan terbaik untuk mengelakkan serangan adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi agen anti radang yang terdapat di dalam omega 3 seperti salmon, tuna, walnut, flaxseeds dan berbagai lagi..


SUMBER OMEGA 3




Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee:

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
Wah bgs utk kulit jgk rupanya ni...utk kulit kemerah2an...sbb lancarkan peredaran darah..
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE  (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Bestkan Omega Guard ni? Dihasilkan dengan sumber dan cara pemprosesan yang baik, manfaatnya pun banyak...

Berminat na dapatkan Omega Guard Shaklee?
November 2014 sahaja promosi beli 6 percuma 1 & beli 2 diskaun 5%...boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan anda!

Fieza Shukor
sms/whatsapp/telegram: 019-7293577
FB: Naura HealthyBeauty Shop

Credit to: MyMentor - Master Raihan & Desire Team

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, November 22, 2014

GOUT




Apa itu sakit GOUT

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi

Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes

Siapa yang berisiko ?

  • Lelaki
  • Wanita menopos
  • Obes / berat badan berlebihan
  • Makanan berprotein tinggi yg diambil secara berlebihan
  • Makan makanan dari organ dalaman haiwan seperti hati,limpa dll.


Rawatan

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

  • Rawatan serangan akut
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor). Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi. Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

Pemakanan

Berikut merupakan senarai makanan yang kaya dengan purin:.




  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin
Makanan-makanan tersebut bukanlah tidak boleh dimakan langsung, tetapi biarlah berpada-pada.


Pencegahan

  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Minum banyak air

Jadi, amat penting untuk pesakit gout atau golongan yang berisiko untuk gout menjaga diet harian. Jika anda mahukan altenatif selain ubat penahan sakit dari doktor anda, jawapannya adalah supplement berikut:

1. Alfalfa- untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak utk melancarkan proses detoks ini.

2. Performance drink- memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid uric.

3. Omega Guard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.



Berminat untuk dapatkan atau info lanjut mengenai set gout Shaklee? Boleh hungi saya terus~

Fieza Shukor
sms/whatsapp/telegram: 019-7293577
FB: Naura HealthyBeaty Shop


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

SHAKLEE GLA COMPLEX BANTU TINGKATKAN KESUBURAN




GLA sangat sinonim dengan wanita, kerana kita sedia maklum, jarang kita mendengar lelaki membeli EPO di mana2 kedai farmasi. Namun begitu, GLA Complex Shaklee boleh diambil oleh wanita dan lelaki.. Ini adalah kerana GLA Complex tidak seperti EPO yang lain...banyak fungsinya!!

Tapi dalam entri kali ni saya na cerita apa kaitan GLA Complex dengan kesuburan...

Fungsi  GLA?

Ia membantu dalam penghasilan & pencairan mukus-mukus dalam badan. Ia membantu dalam penghasilan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan. Ia akan ditukar menjadi prostaglandin, sejenis enzim yang membantu mengawal atur hormon kesuburan wanita. Ia juga mengandungi Vitamin E, sejenis antioksidan.

“Gamma linolenic acid helps women to produce more fertile quality cervical fluid also known as “egg white cervical mucus”. This type of cervical fluid is fertile, thin, watery, clear and “stretchy” and easily aids the sperm to swim through the uterus and into the fallopian tube, and to the egg. Also, this type of fluid helps the sperm to stay alive for up to five days inside the fallopian tube, thus enabling conception happen even if you don’t have intercourse again by the time ovulation occurs”

Antara manfaat GLA untuk wanita

✔Menstabilkan hormon
✔Membantu membetulkan kitaran haid
✔Membantu meningkatkan tahap kesuburan
✔Membantu penurunan berat badan
✔Mencantikkan kulit

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA membantu menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan.Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostaglandin E1

Bagaimana GLA Complex membantu anda ketika PMS (Senggugut)?

Apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) dalam badan. Jadi, untuk memenuhi kekurangan GLA tadi, pengambilan GLA Complex adalah perlu bagi mengatasi masalah senggugut.

Bagaimana GLA Complex membantu anda cepat hamil?

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Cecair ini biasanya keluar sekali sebulan, dan ia menunjukkan tahap kesuburan anda. Semakin pekat dan banyak, dan itu adalah waktu yang paling subur. Namun, tidak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Disinilah GLA bertindak membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub fallopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu sahaja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Jadi, jika anda masih belum mendapat anak, anda boleh cuba buat pemeriksaan sendiri, tengok kalau2 cecair serviks anda bukan bewarna putih. Jika cecair itu tebal, kecoklatan, kering… itu adalah petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan. Jadi, adalah penting untuk anda mengenali ‘cecair kesuburan’ ini.




Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila mengambil GLA Complex?

Jawapannya adalah tidak. pengambilan GLA untuk wanita yang subur, tidak akan menyebabkan pengeluaran telur sehingga 2-3 kali sebulan. Namun, ia tidak menghalang wanita yang subur untuk mengambilnya, kerana GLA Complex banyak kegunaannya, lebih2 lagi untuk kecantikan kulit.. 


So, disamping dapat membantu meningkatkan kesuburan, banyak lagi manfaat lain yang anda akan dapat dengan mengambil GLA Complex..

Ingin dapatkan GLA Complex? Boleh hubungi saya... :)

Fieza Shukor
sms/whatsapp/telegram: 019-7293577
FB: Naura HealthyBeauty Shop


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, November 15, 2014

KELEBIHAN JADI AHLI SHAKLEE




APA KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE???

Kenapa KITA HARUS/ MESTI/ KENA/WAJIB jadi ahli SHAKLEE?

1. Dengan menjadi ahli Shaklee, anda dapat untung Jual Harga Runcit (Retail Price) sehingga 30%

2. Anda dapat membuat pembelian dengan harga ahli. Setiap pembelian, anda akan diberi points yang  ditukar kepada cash setiap bulan. Ia dikenali sebagai Bonus Prestasi.
Nilainya adalah 5 hingga 21 %

3. Bonus Kepimpinan

4. Bonus Tambahan

5. Insentif Coordinator

6. Insentif Istimewa

7. Insentif Pelancongan

8. Subsidi Kereta


Bagaimana Nak Bermula???
Anda boleh memilih pakej-pakej di bawah :

1. Pendaftaran ahli RM65 seumur hidup (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit. Jadi jumlah keseluruhannya ialah RM75.
2. Membuat pembelian RM660 (200 UV point) untuk keahliaan percuma, ATAU

3. Pembelian 2 botol Vivix untuk keahliaan percuma ATAU

4. Pembelian 3 kotak Collagen Powder untuk keahlian percuma.

pilihlah mana pilihan hati anda...1, 2, 3, atau 4.

PERBEZAAN KAMI

1. Perniagaan berasaskan produk
2. Sistem yang halal.
3. Belajar bagaimana nak buat marketing online secara agresif.
4. Akan dijemput ke "Secret Group"untuk dapatkan tips-tips dan teknik marketing dan penjualan.
5. OFFER BEST ini hanya terdapat dalam kumpulan kami sahaja.


PERLU KE KEKALKAN POINT SETIAP BULAN???
Tidak !!! Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain point. Tapi jika anda mahu memulakan bisness dengan SHAKLEE, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara mara, tak perlulah fenin-fenin nak maintain points.


RUGI KE KALAU SAYA MAKAN SHAKLEE TANPA JADI AHLI??
Hahaha...ini soalan cepu emas nih!!!
Sejujurnya sangat rugi sebab point belian tu akan diberikan kepada AHLI SHAKLEE yang jual SHAKLEE pada anda ! Beliau yang akan dapat cash back dan segala benefit di atas tadi. Rugi kan??? Kalau dah merasakan Shaklee ini memang bagus untuk seisi keluarga anda. Jadi, memang berbaloi-baloi dan berganda-gandalah kalau dapat merasa segala benefit di atas. Yang pasti, dengan Guideline yg betul dan teliti jika anda mendaftar di bawah bimbingan saya. !!


Menarikkan? Jangan teragak-agak, anda dijemput untuk bersama kumpulan saya untuk menikmati segala macam benefit.


BERMINAT / INFO
sms/whatsapp/telegram 019-7293577
Fieza Shukor
FB Naura HealthyBeauty Shop

COMBO SET OMEGA GUARD SHAKLEE


Omega Guard memberi manfaat kesihatan kepada semua peringkat umur. Omega Guard membekalkan asid lemak Omega-3 yang sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia secara menyeluruh.
Omega Guard memberi manfaat kesihatan kepada semua peringkat umur. Omega Guard membekalkan asid lemak Omega-3 yang sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia secara menyeluruh.

Antara kombinasi Omega Guard “SAVE BAJET” dengan produk lain adalah seperti berikut:

1) OMEGA GUARD + ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
• Kesihatan sendi
• Memudahkan pergerakan
• Meningkatkan kesihatan pesakit arthritis dan gout

2) OMEGA GUARD + ALFALFA COMPLEX
• Detox dan membantu membakar lemak.
• Kawalan kolesterol
• Kesihatan jantung
• Bermanfaat untuk pesakit gout dan artritis
• Kesihatan sendi
• Meringankan sembelit dan buasir

3) OMEGA GUARD + CAROTOMAX
• Kesihatan mata
• Mengurangkan risiko mata kering
• Melegakan masalah kulit
• Kesihatan tisu kulit
• Meningkatkan imuniti

4) OMEGA GUARD + CHEWABLE VITA C
• Meningkatkan kesihatan anak
• Manfaat buat pesakit asma
• Kulit yg sihat

5) OMEGA GUARD + COQ HEALTH PLUS
• Keishatan jantung
• Kawalan kolesterol
• Mencegah salur darah dari tersumbat
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki

6) OMEGA GUARD + ESP
• Tenaga berpanjangan
• Kawalan paras kolesterol
• Kecantikan
• Sesuai utk ibu mengandung & menyusukan anak
• Kulit yg sihat berseri
• Slimming

7) OMEGA GUARD + GARLIC COMPLEX
• Mengawal darah tinggi
• Kawalan kolesterol
• Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
• Bantu rawat asthma

8) OMEGA GUARD + GLA COMPLEX
• Kawalan kolesterol
• Kecantikan
• Melembapkan kulit
• Menangani jeragat
• Kesihatan sendi
• Anti radang
• Kesuburan wanita
• Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

9) OMEGA GUARD + HERB-LAX
• Slimming
• Meringankan sembelit dan buasir
• Mengempiskan perut

10) OMEGA GUARD + LECITHIN
• Slimming
• Kawalan paras kolesterol
• Kesihatan jantung
• kesihatan sendi
• Meningkatkan perkembangangan memori (janin, kanak-kanak dan orang dewasa)
• Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati

11) OMEGA GUARD + NUTRIFERON
• Meningkatkan pertahanan tubuh
• Melindungi dari batuk dan selsema
• Manfaat untuk pesakit asma dan eczema

12) OMEGA GUARD + OSTEMATRIX
• Membantu melegakan simptom senggugut
• Menggalakann kulit yg cantik
• Menggalakkan tulang yg kuat
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
• Melegakan sakit2 sendi

13) OMEGA GUARD + SR VITA C
• Manfaat kesihatan kulit
• Meringankan asma
• Meringankan eczema
• Meningkatkan system pertahanan badan
• Meringankan batuk dan selsema
• Kawalan kolesterol
• Mempertingkat kecerdasan mental
• Kecantikan
• Bermanfaat utk perkembangan saraf dan otak bayi
• Sesuai untuk ibu mengandung & menyusukan anak

14) OMEGA GUARD + VITA E COMPLEX
• Kesihatan jantung
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki
• Mencegah salur darah dari tersumbat

15) OMEGA GUARD + ZINC COMPLEX
• Kawalan diabetes
• Meningkatkan sistem imun
• Kesuburan lelaki
• Kesihatan kulit

16) OMEGA GUARD + MEAL SHAKES
• manfaat untuk masalah asma dan eczema anak2
• meningkatkan kesihatan
• menguatkan daya ingatan dan tumpuan
• memberi tenaga dan selera
• meningkatkan daya tumpuan

Memandangkan November ni bulan promosi Omega, boleh la kita borong ramai2...harga jimat, khasiatnye pun terbaik!


BERMINAT / INFO
sms/whatsapp/telegram 019-7293577
Fieza Shukor
FB Naura HealthyBeauty Shop


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, November 12, 2014

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU - TEKNIK POWER PUMPING



Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangis kelaparan menjadi igauan ngeri. Dalam hati memang nak sangat susukan anak sehingga 2 tahun. Tapi anak  baru 10 bulan susu dah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dilema ini banyak ditempuhi oleh ibu-ibu yang berkerjaya dimana kesibukan tugasan melanda dan tekanan di tempat kerja.

Disini saya kongsikan salah satu teknik untuk membanyakkan susu ibu. Teknik ini di panggil teknik power pumping. Teknik powerpumping dilakukan dengan cara:

Jika mengguna Single Pumping – Perah setiap sebelah payudara selama 10 minit selama 1 jam. Contoh: 10 minit sebelah kanan, apabila selesai tukar mengepam pula kepada payudara sebelah kiri 10 minit sehingga 1 jam.

Jika menggunakan Double Breastpump – Pam sehingga 10 minit, berehat 10 minit kemudian sambung balik sehingga 1 jam.

Teknik ini bertujuan untuk meransang kelenjar susu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Walaubagaimanapun tidak digalakkan di lakukan dalam masa yang lama seperti mengepam sehingga 20 minit kerana akan menyebabkan kelenjar susu rosak.

Teknik power pumping ini akan menunjukan kesan seawal mulai 5-6 hari dan ada yang hampir 2 minggu baru nampak kesan.Teknik ini sesuai dilakukan pada sewal pagi iaitu jam 2-3 pagi kerana pada waktu ini hormon prolaktin (hormon penyusuan) sedang meningkat. Walaubagaimanapun ibu-ibu masih boleh dilakukan ketika siang hari cuma kesannya agak lambat.Ibu-ibu haruslah bersabar ketika susu kurang. Kuatkan semangat dan banyakkan berdoa untuk menambah susu badan.

Antara amalan rohani untuk membanyakkan susu ibu ialah amalan Zikir Ya Matin. Lakukannya ketika waktu terluang ,waktu mengepam atau pada waktu menyusukan anak. Lakukan sebanyak mungkin atau 1000x kali. Doa untuk banyakkan susu ibu ialah:


Wat power pumping gak...

Selain power pumping dan doa, ibu-ibu boleh juga cuba pengambilan suplemen untuk membantu penyusuan


BERMINAT / INFO
Sms/whatsapp 019-7293577
Fieza Shukor
FB Page: Naura HealthyBeauty Shop


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, November 11, 2014

SET KEHAMILAN SHAKLEE



Alhamdulillah...rezeki Allah na bagi. Sy mula jatuh cinta dengan Shaklee sejak cuba set kehamilan..sy consume dulu, baru berani na jual kat orang tau...sebab bila da cuba baru sy tau best, berkesan...duit boleh cari, kesihatan tu yg penting...ye ta?

Ok...sy na cite pengalaman sy sendiri amalkan set kehamilan ni..

1. Berat sy sepanjang mengandung memang ta banyak naik.. 1st checkup 2bulan preggy berat sy 52kg, now da 7bulan lebih berat sy baru 56kg!

2. Stretch mark kat perut? Alhamdulillah...memang langsung ta de. Memang sy rajin sapu losyen bila teringat..tapi saya amalkan ESP..tu yg perut cantik kot..hik3





3. Sakit2 badan, kaki..semuanya terkawal bila sy amik Ostematrix..memang ta de kejang2..sy pernah cuba stop na tengok apa kesannya, memang slalu sangat kejang2..so mmg best la amik Oste ni..

4. Masa awal2 preggy ade yg kata sy mcm ta berseri..selekeh je.hahaha...tp lepas amik set hamil ni slalu la org puji kulit makin cantik, makin putih...suke3!!

5. Hb low...ni mmg slalu jadi kat ibu mengandungkan? Sampai risau sebab kesan pd baby n ibu agak serius...saya pun pernah hb low sebelum ni..stress tau! So selain dari pengambilan makanan yg tinggi zat besi, suplemen dalam set ni boleh juga naikkan hb / tambah darah..Bcom, vitalea,vita c & esp semua boleh utk penghidap anemia! Bila sy kata sy minum esp pun doc senyum je..sbb hb sy naik dengan mendadak. Alhamdulillah..

6. Masalah sembelit? Ni pun normal bg ibu hamilkan? Tp memang ta de masalah ni bila amik oste & esp..da try amik ubat doc bg n stop shaklee..bukan na kata ubat doc ta bagus...tp seyes sy sembelit!

7. Eczema..actually sakit ni da bertahun2 n jadi semakin teruk masa awal preggy dlu..sebenarnya eczema mmg susah na baik tp boleh dikawal...sy ade jumpa pakar kulit 2x then berhenti sbb mahal sangat! Sy amalkan shaklee..alhamdulillah mmg sangat terkawal..ta de da garu2, menangis sbb ta tahan terlalu gatal n pedih2..





Aduhhh macam buat esei la plak kan...hahaha. Sorry2..ni la pengalaman sy amalkan Shaklee...kalau u ols ta percaya cuba la..



BERMINAT / INFO
Fieza Shukor
sms/whatsapp/telegram: 019-7293577
FB: Naura HealthyBeauty Shop

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

BAHAYA ROKOK

Assalamualaikum...
Oleh sebab terrrr rajin hari ni, I olss banyak la sikit menyonteng kat blog i olss...jangan marah haaaa~

Dalam entri ni I olss na share tentang bahaya merokok...
Rasanya semua pun tahu yang rokok tu memang bahaya...cuma ada yang saja buat-buat ta tau...kan2?? maklum le...rokok tu da jadi bff...haisyyy~

Maaf ye perokok... I olss memang anti perokok! sebab dorang ni bukan je merosakkan diri sendiri...tapi merosakkan orang sekeliling...tu belum cerita bab duit lagi...pelik juga dengan perokok yang selalu merungut ta de duit, tapi hari-hari beli rokok ade plak duit...hahhh hamekkk ko! kan I olss da teremosi...kikiki


tapi I olss rasa diaorang ni ta takot pun even keluar la apa2 ayat pun pasal bahaya merokok...kan?


see...merokok merugikan! kat kotak-kotak rokok memang ade amaran macam ni kan? I olss memang seriau tengok...tapi diaorang ni boleh plak buat ta tau kan,,,yg pelik tu amaran daripada kementerian kesihatan...tapi awat depa ta haramkan je rokok kat Malaysia ni...kan senang!

ni kandungan dalam rokok...selera pula mereka-mereka ni dok sedut benda ni...huhuhu

So, I ols rasa ta de langsung pun kebaikan merokok... bab hukum I olss ta berani na sentuh, takut tersalah...tapi cuba baca apa kata ustaz2 ni...


Oleh yang demikian, cubalah u olss berhenti merokok...ta pun cuba bantu orang terdekat untuk berhenti rokok... bagi semangat dan sokongan..kalau perlu ambillah suplemen...ni I ols share testimoni yg da cuba suplemen Shaklee untuk berhenti rokok...



Jadi, apa tunggu lagi...ta salah usaha dan mencuba.moga2 berjaya la tinggalkan perosak tu...berminat boleh roger I olss okay~


Fieza Shukor
sms/whatsapp/telegram: 019-7293577
fb page: Naura HealthyBeauty Shop
Best Product. Best Service. Best Price



*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

TANDA-TANDA BERSALIN



haluuuu...haluuu...
lama ta menconteng kat blog ni...
maklum le da akhir2 kehamilan kemalasan memuncak...
da bersalin sibuk ngan anak pula...

apa pun na wish salam November lah....
moga2 bulan ni memberi sinar kepada ku dan kamu2 semua....aamiin~ :)

memandangkan da lama menyepikan diri, i olss na share ngan u olss tanda2 bersalin..ecececehhh mentang-mentang la da ade pengalaman kan...hihi

masa da akhir kehamilan i olss tertanya-tanya juga camne sakit bersalin tu.maklum lee anak pertama..siap google okay.hahaha....ye la takut gak ta tau tu sakit na bersalin, tetibe keluar budak..ta ke naya!

btw i olss sakit isnin pagi...macam na teryak, senggugut, gastrik...ntah segala macam sakit perut i olss rasa! i olss tanya geng2 dalam group shaklee i olss, memang depa kata i olss sakit na bersalin la tu...dup dap dup dap gak la...cuma sakit ta kuat sangat...bila da tgh malam dan2 la sakit semakin kuat dan i olss sampai menangis! hamekkk ko na sangat rasa sakit bersalin kan!! pagi2 buta tu baru i olss keluar darah...lagi gegel membayangkan yg i ols sorang2 kat hospital...hubby kat kl lagi.makayah da balik umah lepas i warded malam tu!

oppsss...melalut lebih plak...jom la kite cite tanda2 bersalin!

sebenarnya ada 3 je tanda besar memang sangat dekat na bersalin...
1. keluar air ketuban (i ols ta rasa tanda ni sebab doc yg pecahkan)
2. keluar darah 
3. kontraksi dalam selang masa yang tetap dan kerap

tapiiii....ade juga tanda-tanda lain yang boleh dijadikan panduan untuk kite tau kite ni da bersalin ke sakit lain...huhuhu. antaranya:
1. perut da jatuh...i olss pon ta tau cane, tapi orang tua2 tengok memang dia tau la kite ni da dekat na bersalin sebab perut da turun / jatuh
2. semakin kerap kencing...maklum le anak da ke bawah, maka ditolak-tolaknye la pundi kencing kite...tu yg kuat kencing...hik3 (ye kot)
3. kadang2 terasa ngilu bawah perut kat ari-ari tu...
4. sakit belakang

tu je la kot ek...i olss pun anak baru sorang. ta tau plak kalau ade tanda2 lain lepas ni...hiihihi

ibu-ibu jangan lupa tau zikir banyak-banyak...baca doa moga dipermudahkan urusan bersalin..




ohhh ibu-ibu yang da na bersalin, da sediakan set bersalin belum? kalau na set bersalin moden yang terbukti bagus dan berkesan boleh la halo2 i olss... i olss pun guna set bersalin ni, memang awesome! ta payah na tunggu anak besar sikit...seawal hari pertama da boleh makan...ta effect kat anak pun.malah anak lagi sihat ye la!!

set apa tu? mesti la shaklee! hehehehe




kalau u olss berminat, jangan malu jangan segan halo2 i olls ye. i olss share pengalaman i olss...pastu i olss bagi harga sweet2 gitu! ;)



Fieza Shukor
sms/whatsapp/telegram: 019-7293577
fb page: Naura HealthyBeauty Shop
Best Product. Best Service. Best Price

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.