Friday, November 28, 2014

KEPENTINGAN NUTRISI SEMASA HAMIL



Ibu hamil sering diingatkan untuk mengambil diet seharian yang lengkap dengan zat, vitamin dan mineral penting untuk menyokong kesihatan ibu dan tumbesaran bayi sepanjang kehamilan. Tetapi apakah kesannya kepada ibu dan bayi jika ibu kekurangan nutrisi-nutrisi penting tersebut? 

Kajian menunjukkan kekurangan nutrisi semasa hamil boleh meningkatkan risiko untuk bayi lahir kurang matang atau kurang berat, bayi lahir cacat, masalah pernafasan semasa lahir atau masalah perkembangan dan tumbesaran. 

Bagi ibu pula, kekurangan nutrisi meningkatkan risiko untuk alahan (‘morning sickness’), sembelit, lemah badan, pedih ulu hati, kekejangan otot, anemia, ‘pre-eclampsia’, susah bersalin dan berisiko besar untuk bersalin melalui ‘Cesarean’.


So, nutrisi apa yang perlu ada dan penting untuk ibu hamil dan anak dalam kandungan?



1. Protein (ESP)


Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak kerana ianya penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. 
Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ketiga

Kekurangan protein boleh menyebabkan perkara berikut:

i) kekurangan air ketuban dan darah serta merencatkan perkembangan rahim

ii) plasenta (uri) dan perkembangan sel-sel badan bayi kerana protein adalah komponen utama dalam pembentukan sel. 

iii) Kekurangan protein juga dikaitkan dengan peningkatan risiko ‘pre-eclampsia’. ‘Pre-eclampsia’ adalah masalah kesihatan di mana ibu hamil mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing. Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada pre-eclampsia tetapi penyelesaiannya hanyalah satu iaitu bersalin sama ada secara ‘induce’ atau ‘Cesarean’. Jika tidak, ibu dan bayi berdepan dengan risiko kematian. 

2. Zat besi (Multivitamin - Vitalea)


Zat besi penting dalam hemoglobin, kekurangan zat besi akan menyebabkan ibu mengalami anemia. Ianya tidak baik kerana sel darah merah membawa oksigen kepada bayi. 
Vitalea mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.

Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah (anemia) dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

Anemia akan menyebabkan:

i) Ibu - Keguguran, tumpah darah semasa dan selepas bersalin, kematian

ii) Bayi - Tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut, bayi lahir kurang berat badan, lahir tidak cukup bulan dan bayi mati dalam kandungan

3. Vitamin B (B Complex beserta Folic Asid)


 

B Complex lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

Kekurangan Vitamin B6 berkait rapat dengan masalah mual, muntah-muntah serta hilang selera makan yang biasa dialami oleh ibu mengandung.

Manakala kekurangan asid folik ketika hamil meningkatkan risiko kecacatan bayi.

4. Vitamin C (SR Vita C Plus)




Vitamin C diperlukan oleh ibu hamil bagi meningkatkan sistem imun. Ia juga membantu menyerap zat besi dan asid folik dengan lebih berkesan. Selain daripada itu vitamin C dapat menghasilkan kolagen untuk pertumbuhan otot dan tulang. 

Vitamin C juga penting untuk pembaikan tisu, penyembuhan luka, pertumbuhan tulang dan pembaikan, dan kulit yang sihat. Vitamin C juga membantu melawan jangkitan badan kite dan ia bertindak sebagai antioksidan, melindungi sel-sel daripada kerosakan. Ibu & bayi amat memerlukan vitamin ini setiap hari kerana ia adalah untuk pembentukan kolagen, struktur protein yang merupakan komponen tulang rawan, tendon, tulang & kulit. Berdasarkan kajian, bagi sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C dalam bayi yang baru lahir boleh menjejaskan pembangunan mental.

Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Ianya adalah sustained realese dan akan dilepaskan setiap jam selama 5 jam secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.


5. Omega-3 (Omega Guard)

Omega Guard Shaklee mengandungi DHA & EPA yang tinggi untuk membantu perkembangan otak dan memori bayi. Ia juga penting bagi sistem saraf dan penglihatan awal bayi. 

Bagi ibu pula Omega Guard dapat membantu mengawal kolestrol dan berat badan ibu semasa hamil. Sistem imun ibu juga akan berada dalam keadaan yang lebih baik.

Kekurangan asid omega-3 boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi pada ibu dan masalah bayi lahir kurang matang atau lahir kurang berat serta masalah penglihatan dan saraf.

6. Kalsium (Ostematrix)





Kalsium adalah salah satu mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix adalah kalsium-magnesium yang membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah si ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil. Ia juga membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi.


Kesan kekurangan vitamin D, kalsium dan magnesium juga boleh mengakibatkan ibu mengalami tekanan darah tinggi. Bagi bayi pula kekurangan vitamin D boleh merencatkan tumbesaran bayi, perkembangan fizikal bayi serta melemahkan sistem imun bayi. Perkembangan tulang dan gigi bayi yang tidak sempurna dan lemah juga adalah kesan kekurangan kalsium dan magnesium.

Manakala kekurangan zink boleh mengakibatkan bayi lahir kurang matang atau tidak cukup berat dan sering juga dikaitkan dengan keguguran. 

Jadi, pengambilan nutrisi lengkap semasa hamil tidak boleh dipandang ringan. Jika diet seharian tidak mampu membekalkan anda dan bayi dengan nutrisi selengkapnya, anda disarankan mengambil supplement / vitamin tambahan agar ruang-ruang kosong itu dapat diisi dengan sempurna. Ambillah supplement yang bahannya 100% semulajadi dan tidak menggunakan bahan pengawet agar anda dan bayi mendapat nutrisi yang terbaik.

Berminat untuk melengkapkan nutrisi anda dengan supplement semulajadi? 



BERMINAT / INFO
Fieza Shukor
sms/whatsapp: 019-7293577
FB: Naura HealthyBeauty Shop


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments: