Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Siapa Yang Berisiko?
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :
i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
Rawatan
Tentunya saya syorkan vitamin / suplemen semulajadi daripada Shaklee
i. ESP
Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Asid amino ini membantu memulihkan kembali sel-sel dinding perut yang rosak diakibatkan oleh hakisan oleh asid hidroklorik. Ia mengandungi 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan. Sifat kealkalian yang tinggi jugak amat membantu di dalam proses meneutralkan kembali keadaan asid berlebihan didalam perut.
ii. BComplex
Tahukah anda tekanan juga boleh mengakibatkan gastrik? B complex amat membantu dalam proses sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisma. B complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B (Vitamin B1 Tiamin, Vitamin B2 Riboflavin, Vitamin B3 Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12 Cynocobalamine, Biotin dan Panthothenic Acid) yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan kerja, alkohol dan ubatan preskripsi.
iii. Peppermint Ginger Plus
Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan
iv. Ostematrix
Suplemen lengkap yang mengandungi Kalsium, Magnesium & Vitamin D. Ia sanagt membantu di dalam mengurangkan keasidan perut dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus yang menyebabkan kesan pedih ulu hati.
Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
Fieza Shukor
FB: Naura HealthyBeauty Shop
sms/whatsapp : 019-7293577
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




No comments:
Post a Comment